Polisi Privasi

Tapak ini dioperasikan oleh Forest Laboratories Europe. Polisi Privasi kami ditetapkan untuk memberitahu anda tentang polisi-polisi yang mentadbirkan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat yang mungkin anda berikan melalui tapak-tapak Web kami. Sebelum menggunakan atau menghantar maklumat ke tapak ini, sila baca seluruh Polisi Privasi ini. Tapak ini ditadbirkan satu-satunya oleh undang-undang dan peraturan-peraturan pentadbiran United Kingdom. Penggunaan tapak ini bermaksud persetujuan anda terhadap undang-undang dan peraturan-peraturan ini serta Polisi Privasi kami.

 

Penggunaan dan pendedahan maklumat

Nama, alamat, alamat e-mel, dan semua maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti sebagai peribadi anda yang anda berikan boleh digunakan oleh Forest Laboratories, rakan-rakan kongsi dan konsultan perniagaan untuk memberi anda maklumat tentang produk-produk Forest Laboratories, atau isu-isu kesihatan, atau untuk memperkembang perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan dengan keadaan-keadaan kesihatan. Forest Laboratories tidak akan menjual atau menyewakan maklumat yang boleh dikenalpasti sebagai peribadi yang dikumpulkan melalui tapak ini kepada pihak ketiga. Kami memelihara hak untuk mendedahkan maklumat untuk memberi respons kepada permintaan maklumat yang sepatutnya di bawah bidang kuasa pihak kerajaan atau di mana yang diperlukan di bawah undang-undang.

Anda boleh memaklumkan Forest Laboratories bahawa anda hendak berhenti menerima maklumat pada bila-bila masa (lihat Hubungi Kami).

Dengan menggunakan tapak ini, anda bersetuju dengan terma-terma Polisi Privasi ini. Semasa anda menghantar maklumat melalui tapak ini, anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat tersebut mengikut Polisi Privasi ini.

 

Keselamatan

Sila ingat bahawa tiada penghantaran Internet yang pernah mencapai 100% selamat atau tanpa kesilapan. Lebih spesifiknya, e-mel yang dihantar ke atau dari tapak ini mungkin tidak selamat. Oleh itu, anda harus berhati-hati tentang membuat keputusan bagi maklumat yang dihantar melalui e-mel. Semua kata laluan, nombor ID, atau lain-lain nombor akses khas yang mungkin anda gunakan tuntuk mengakses mana-mana bahagian tapak ini adalah di bawah tanggungjawab anda; anda harus berhati-hati untuk menjaga keselamatannya. Forest Laboratories mengambil langkah-langkah yang wajar untuk melindungi maklumat yang boleh dikenalpasti sebagai peribadi daripada kehilangan, salah guna, dan akses, pendedahan, pengubahan, atau penghapusan yang tidak diberi kuasa.

 

Pautan ke tapak web lain

Pautan atau rujukan ke tapak-tapak web yang lain mungkin terdapat di tapak ini. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas tapak-tapak Web ini. Anda harus sedar bahawa Polisi Privasi ini tidak digunakan ke atas lain-lain tapak Web selain yang dioperasikan oleh Forest Laboratories. Pengunjung-pengunjung ke lain-lain tapak Web digalakkan agar membaca polisi-polisi privasinya sebelum melayari tapak-tapak tersebut.

 

Tentang kanak-kanak

Kanak-kank di bawah umur 13 bukan khalayak sasaran tapak web ini. Kami tidak akan mengumpul maklumat pengunjung tapak yang berada dalam golongan umur ini dalam pengetahuan kami. Kami menggalakkan ibu bapa sedar akan penggunaan Internet oleh anak-anak mereka dan berbincang tentang maklumat yang dibenarkan untuk didedahkan oleh mereka ke tapak-tapak Web.

 

Perubahan ke atas polisi privasi ini

Forest Laboratories Europe memelihara hak untuk mengubah, menambah atau membuang bahagian-bahagian polisi privasi ini atas budi bicaranya sendiri. Semua perubahan ke atasPolisi Privasi akan dipaparkan di tapak ini. Sila kembali dan semak secara berkala, dan terutamanya apabila anda memberi apa-apa maklumat yang boleh dikenalpasti sebagai peribadi. Polisi Privasi ini paling akhir dikemaskini pada 30 Jun 2005.