Bagaimanakah saya boleh mencegah ruam lampin daripada berlaku?

Anda boleh membuat pelbagai usaha untuk mencegah ketidakselesaan ini. Untuk ketahui lebih lanjut, sila kunjungi laman Ketidakselesaan Lampin Basah



Adakah apa-apa produk yang perlu saya elakkan jika saya menggunakan Sudocrem® untuk membantu ketidakselesaan lampin basah?

Tiada tindak balas yang diketahui antara Sudocrem® dengan mana-mana produk yang lain.



Berapa banyak Sudocrem® perlu saya sapukan?

Hanya sedikit Sudocrem® diperlukan untuk ia bertindak dengan baik. Hanya sapukan sedikit jumlah kecil dalam lapisan yang nipis dengan pergerakan membulat sehingga Sudocrem® tidak kelihatan dan tinggal selaput yang lut sinar. Jika bahagian yang disapukan kelihatan putih, letakkan jumlah yang lebih sedikit lain kali.



Saya pernah mendengar bahawa krim perintang boleh melekat-lekat pada lampin, menyebabkannya kurang efektif – adakah Sudocrem® begitu?

Jika Sudocrem® yang disapu dengan betul (jumlah yang sedikit dan disapu dengan nipis), tiada bukti yang menunjukkan bahawa ia boleh menjejaskan kebolehan lampin menyerap urin.



Apakah itu Sudocrem®?

Sudocrem® merupakan rakan baik yang mudah dan efektif bagi kaum ibu selama lebih daripada 80 tahun. Kami merupakan pilihan terbaik untuk membantu menenangkan kulit dan mengurangkan rasa ketidakselesaan disebabkan oleh lampin basah.

  • Ia mengandungi krim yang melembutkan dan menenangkan kulit.
  • Ia berasas sifat telap air, membentuk satu halangan perlindungan antara kulit bayi dan lampin yang basah dan kotor.



Siapakah yang menghasilkan Sudocrem®?

Sudocrem® dihasilkan di Ireland oleh Forest Tosara Ltd.



Apakah bahan kandungannya?

Aqua, paraffinum liquidum, zinc oxide, paraffin, lanolin, ozokerite, sorbitan sesquioleate, benzyl benzoate, synthetic beeswax, benzyl alcohol, propylene glycol, benzyl cinnamate, parfum, linalyl acetate, BHA, citric acid & BHT.