Gejala ketidakselesaan lampin basah

Biasanya anda dapat mengesan ketidakselesaan lampin basah dengan cepat melalui beberapa kesan ini:

  • Sedikit kemerahan di bahagian yang ditutupi lampin (Bahagian lipatan kulit biasanya tidak terjejas)
  • Bahagian punggung dan bahagian atas paha bayi anda menjadi merah dan lembap.
  • Kulit juga akan menjadi sakit, berjerawat dan panas apabila disentuh.
  • Terdapat tompok kering, mengelupas pada kulit.
  • Dalam kes yang lebih teruk, lepuh dan jerawat bernanah akan muncul.

Ketidakselesaan lampin basah boleh dilegakan, dan dicegah daripada muncul semula dengan menggunakan Sudocrem® setiap kali menukar lampin.

 

Jenis ketidakselesaan lampin basah

Walaupun anda memikirkan semua ketidakselesaan lampin basah adalah sama, pada hakikatnya terdapat tiga jenis umum:

 

Ketidakselesaan lampin basah normal

Yang paling kerap berlaku ialah jenis di mana kulit kelihatan kemerahan dan sakit, dan kelihatan agak bersinar. Ini biasanya disebabkan oleh sentuhan bahagian punggung bayi anda dengan lampin yang kotor untuk jangka masa yang berpanjangan atau jika bayi tersebut mengalami cirit-birit. Biasanya campuran dengan urin dan tinja yang paling merengsa. Ketidakselesaan lampin basah yang ringan seharusnya hilang selepas beberapa hari mengikut langkah-langkah di atas – kadangkala ia akan hilang selepas sehari.

 

Ketidakselesaan lampin basah berfungus

Jenis ketidakselesaan yang berbeza memerlukan cara rawatan yang berlainan. Ketidakselesaan lampin basah berfungus merupakan sejenis bentuk kandida dan rawatannya biasanya merupakan krim anti fungus di mana pengamal perubatan anda perlu untuk membuat preskripsi untuk anda. Ini haruslah disapu secara nipis di kawasan yang terjejas. Ketidakselesaan lampin basah berfungus kelihatan jerawat kecil berwarna merah, dan alat kelamin mungkin kelihatan bengkak dan kadangkala boleh berlaku jika bayi anda menggunakan antibiotik. Adalah penting bahawa jika ketidakselesaan lampin basah jenis berfungus, anda harus mengelakkan daripada menggunakan krim perintang kerana ini akan menyebabkan keadaan bertambah buruk. Jika anda tidak pasti, dapatkan nasihat doctor atau ahli profesional penjagaan kesihatan anda.

 

Ketidakselesaan lampin basah berbakteria

Ketidakselesaan lampin basah berbakteria kelihatan sebagai jerawat berjangkit dan bayi anda besar kemungkinan akan mengalami demam. Ia mungkin berkembang daripada ketidakselesaan lampin basah normal di mana kulit berluka dan jangkitan berlaku kerana bakteria masuk melalui kulit yang terluka. Jenis ketidakselesaan ini mungkin memerlukan antibiotik, oleh itu anda harus berjumpa dengan pengamal perubatan anda untuk nasihat rawatan dan memantau keadaannya secepat mungkin.