Apakah penyebab ketidakselesaan lampin basah?

Sebab terjadinya ketidakselesaan lampin basah yang paling biasa ialah apabila kulit bayi anda menjadi semakin radang selepas sentuhan dengan bahan kimia dalam urin atau tinja.

Ketidakselesaan lampin basah mungkin terjadi jika lampin tidak ditukar dengan cukup kerap atau jika bayi anda mengalami cirit-birit. Namun begitu, jika bayi anda mempunyai kulit yang sangat sensitif, ia akan berlaku walaupun bahagian yang ditutupi lampin sentiasa dibersihkan.

Kadangkala geseran yang disebabkan oleh lampin bergeser dengan kulit bayi anda yang halus atau detergen pencuci yang tidak habis dibilas keluar daripada kain lampin (lampin guna semula) juga boleh menyebabkan ketidakselesaan lampin basah.

 

Bilakah ketidakselesaan lampin basah paling mungkin berlaku?

Ketidakselesaan lampin basah boleh menjejas bahagian punggung bayi anda pada bila-bila masa dan sebabnya mungkin susah dikenalpasti. Ini terutamanya apabila sesetengah bayi mempunyai kulit yang lebih sensitif secara semulajadi dan lebih cenderung untuk mengalami keadaan-keadaan kesihatan tersebut.

Namun begitu, terdapat sesetengah masanya bayi lebih cenderung untuk mengalami ketidakselesaan lampin basah, contohnya:

     

    Semasa pertumbuhan gigi.
    Bertukar daripada sedutan susu ibu kepada sedutan daripada botol
    Apabila bayi anda tidak sihat (jika bayi anda selesema, tinjanya menjadi lembut; ini bermaksud ketidakselesaan lampin basah lebih berkemungkinan untuk berlaku.)
    Selepas mengambil antibiotik (penganguan sistem penghadaman bayi dan menyebabkan cirit-birit.)
    Permulaan memakan makanan pejal.
    Tidur sepanjang malam buat kali pertama (lampin mereka mungkin kurang kerap ditukar).
    Minum susu lembu buat kali pertama.

    Guna seperti yang dinasihatkan. Jika gejala ketidakselesaan berlanjutan, sila dapatkan nasihat doktor atau ahli professional penjagaan kesihatan.