Pencegahan ketidakselesaan lampin basah

Untuk mengelakkan bayi anda daripada mendapat ketidakselesaan lampin basah, ikuti tip-tip ini:

  1. Tukar lampin bayi anda secepat mungkin apabila lampin basah atau kotor.
  2. Cuci bahagian yang ditutupi lampin dengan berhati-hati dengan menggunakan air suam atau tisu basah, tepuk dengan perlahan-lahan sehingganya kering.
  3. Cuba biarkan kulit bayi terdedah kerana ini banyak membantu. Oleh itu pada bila-bila masa yang boleh, biarkan lampin tidak dipakai untuk sejam atau lebih.
  4. Cuba tukar lampin bayi anda sebelum bayi anda tidur.
  5. Gunakan krim perintang seperti Sudocrem® untuk melindungi kulit bayi anda.

 

Walaupun anda telah mencuba sedaya-upaya, ketidakselesaan lampin basah masih lagi boleh berlaku dan ianya sangat biasa dijumpai bagi bayi-bayi yang baru dilahir.